Monday 24 November 2014

www.oliveoil2u.blogspot.com: Khasiat

www.oliveoil2u.blogspot.com: Khasiat: Antara Khasiat Minyak Zaitun Palestin: Mengurangkan kolesterol di dalam badan. Menghindari penyakit kardiovaskular dan arterioscler...

Friday 21 November 2014

Pensyarah Sambilan (DC41)-Pensyarah Agro Business

Assalammualikum

24 Nov 2014 (interview day)
Pensyarah Sambilan (DC41)-Pensyarah Agro Business
kolej profesional mara beranang
KPMB
Pertanian adalah Ibadah dan Perniagaan
lot 2333, jalan seremban/kajang
43700 beranang
selangor, malaysia
http://kpmb.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=39&Itemid=49

dapat call 5 hari sebelum tarikh interview. so, 
kena wat slide for mock teaching. 
bidang pengajaran; subject agricultural, horticultural plant (post harvest, soil science, and principal of horticulture). 
subjek ni penting sebab banyak aplikasi dalam kehidupan seharian dan dalam industri.. 
contohnya:

"masih fikir nak buat mocj teaching berkenaan apa....."

untuk selamat, buat saja slide pengajaran ‘introduction’ untuk topik tersebut. anggap mcm mengajar kelas pertama dalam semester baru. 


.“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Al Insyirah (94) : 5-6).


wish me "Best of Luck"
Thanks

Saturday 12 October 2013

Peperiksaan Penilaian Penolong Pegawai Perikanan Gred G27 (SUK Terengganu) 2013

Gambar yang sempat di 'snap' sebelum bateri 'phone' tidak mengizinkan ku meng'snap' lagi. huhuu

       















Saturday 22 June 2013

Selangor, Here I Come

All my bag are packed and ready to go but tiket belum beli. Hendak bertolak malam ini baru beli (on the spot; harap-harap ada la)

Pemergian pada kali ini adalah untuk menghantar ibunda tersayang ke umrah.... sepatutnya ibunda bertolak pada 21 june, tapi last minute ditangguhkan ke 24hb june.

Semoga selamat pergi dan selamat pulang buat ibundaku yang akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Doa banyak2 sket utk anak2 mu, especially ______ yang cute ni.

Aku sempat memesan pada ayah supaya membelikan 10kg kepok lekor untuk dibawa bersama pada malam ini untuk dikirimkan pada keluarga ibunda di sana.



Aku ada sedikit perancangan sepanjang berada di sama kebetulan sekarang ini ada Festival Bunga & Taman Floria Putrajaya 2013Date: 22 - 30 June 2013 Venue: Waterfront, Precinct 2, Putrajaya Theme: Orchid - Tropical Treasure. Aku berhajat nak ke sana bagi menyaksikan sendiri Festival ini. Tahun lepas aku tidak pergi walaupun dekat - semasa menjalani latihan industri di kajang.

But i won't be long there, i need to be back before 27 june. I need to take care my grandmother at Terengganu and i still need to jilid my Thesis. That all for now... tata

Friday 21 June 2013

Sharing about my interview (Pegawai Imigresen KP17)

Dukacita dimaklumkan saya gagal ujian fizikal... 

BMI 18, nak 19-26.. TETTTT....... DI SITU YE.. tersentak betor.. sejak bila ketinggian aku meningkat jadi 164 n.. padahal sebelum ini tidak pernah NAIK2 dah pun, berzaman kekal 162.. pita meter salah kot. KEHKEHKEH...

PLUS++ ..... MATA KANAN anda x menepati syarat kelayakan.. x sampai 6/9.. hanya capai 5/9; JAMM !!!!.... but mata Kiri anda sangat #Fabulous, (salah 1 j dr semua yg diuji) 
sila berubat (Pegawai smart tu kabo, siap pujuk2 den lagi.) Sebenarnya boleh j kelentong untuk lulus ujian mata n, just hafal j huruf yang diuji itu. pasti lepas punya. hahahaha. (buat2 normal)  ------> KECEWA AYAH DEN. ANOK YE X BOLEH LEPAS JD POLIS... (pakai Kabel???? den x mainla Kabel2 n beb!!!!!)
SEBENARNYA: SAYA HANYA DATANG MENCUBA, INI ADALAH SEBAGAI ALASAN DAN POINT NAK MENJAWAP DENGAN AYAH (AYAH SURUH AMBIL POLIS !!!!!!!!! NAK SANGAT ANAK DIA JADI POLIS)SELEPAS SAYA TAULIAH BULAN OGOS NANTI SAYA AKAN CUBA MEMOHON JAWATAN INSPECTOR POLICE. INI HANYALAH BAGI MEMENUHI PERMINTAAN AYAH TERSAYANG.


BMI – saya yang kurang berat badan n disarankan makan pisang banyak-banyak untuk tambahkan berat badan dalam jangka masa pendek.
-berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. (berat boleh kawtim tapi tinggi tak boleh)

-lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata. So, sesiapa yang sememangnya rabun yang pakai cermin mata/contact lens tu, biasanya memang gagal dalam temuduga. Jabatan ni memilih mereka yang ‘terang benderang penglihatannya’. Saya perlulah pulihkan mata kanan saya. 


p/s: segala persiapan yang telah aku usahakan mencari maklumat tentang soalan interview dan siap print lagi, aku bahagikan kepada semua peserta temuduga yang lain. semoga mereka berjaya menjawat jawatan pegawai imigresen ini.
#pegawai imigresen tu smart woo... miss him-->gedik)#

Tuesday 18 June 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 
hari ni selesai sudah final exam (Ijazah). Semua urusan berkaitan dengan projek akhir sarjana muda aku telah pun selesai. Lapang sedikit otak dari memikirkan soal pelajaran. 

Sekarang ini aku dalam proses mengemas dan menyusun bilik. Tapi ada beberapa masalah. Antaranya ialah dilema hendak membuat keputusan tentang nota-nota kuliah lama.

Banyak subjek = banyak nota.
Bilik kecil = ruang simpanan kecil.
Habis nota itu nak disimpan di mana?

Tapi semasa duduk di rumah sewa, aku ada membeli 2 rak kecil. Jadi sekarang aku ada lebih banyak rak untuk menyusun buku.

Itu aku, bagaimana pula dengan kamu? Nota lama — simpan atau buang?

Friday 14 June 2013

Menuju Ke Hadapan

Saya dah di tahun akhir Pengajian Ijazah; alhamdulillah dapat tawaran kerja sebagai RA (Research Assistant) sebelum tamat pengajian dan dah boleh terus start bekerja selepas habis final exam. 




Selain itu, saya juga mendapat pangilan interview kerajaan; Pegawai Imigresen Gred KP17

Saya patut buat plan bab Merancang Kewangan Dalam Fasa Kehidupan.

Mengikut Buku Ke Mana Wang Anda? (Hjh Rohani), dalam bab Merancang Kewangan Dalam Fasa Kehidupan (ms 9), saya sekarang ini berada di FASA 1 - Awal 20-an sehingga awal 30-an di mana:


Fasa ini dikenali dengan tahun permulaan. Inilah titik permulaan bagi kebanyakan orang yang mula masuk dunia pekerjaan. Tidak kurang juga yang mungkin akan memasuki alam perkahwinan.
Antara keperluan kewangan yang kebiasaanya difikirkan dalam fasa ini adalah:

• Pembelian kereta
(tengah survey KONON)

• Pembelian/sewaan rumah (hanya mampu sewa bilik buat masa ni)

• Memilih corak pakaian untuk pekerjaan (harap company bagi baju yang diisu)

• Membayar hutang pendidikan (baru nak start bayar)

• Memberi wang ihsan kepada ibu bapa (baru nak start bagi)

• Menyumbang kepada ahli keluarga yang memerlukan (ikut kemampuan & keikhlasan)