Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ni selesai sudah final exam (Ijazah). Semua urusan berkaitan dengan projek akhir sarjana muda aku telah pun selesai. Lapang sedikit otak dari memikirkan soal pelajaran.
Sekarang ini aku dalam proses mengemas dan menyusun bilik. Tapi ada beberapa masalah. Antaranya ialah dilema hendak membuat keputusan tentang nota-nota kuliah lama.
Banyak subjek = banyak nota.
Bilik kecil = ruang simpanan kecil.
Habis nota itu nak disimpan di mana?
Tapi semasa duduk di rumah sewa, aku ada membeli 2 rak kecil. Jadi sekarang aku ada lebih banyak rak untuk menyusun buku.
Itu aku, bagaimana pula dengan kamu? Nota lama — simpan atau buang?
No comments:
Post a Comment