Saya dah di tahun akhir Pengajian Ijazah; alhamdulillah dapat tawaran kerja sebagai RA (Research Assistant) sebelum tamat pengajian dan dah boleh terus start bekerja selepas habis final exam.
Selain itu, saya juga mendapat pangilan interview kerajaan; Pegawai Imigresen Gred KP17
Saya patut buat plan bab Merancang Kewangan Dalam Fasa Kehidupan.
Mengikut Buku Ke Mana Wang Anda? (Hjh Rohani), dalam bab Merancang Kewangan Dalam Fasa Kehidupan (ms 9), saya sekarang ini berada di FASA 1 - Awal 20-an sehingga awal 30-an di mana:
Fasa ini dikenali dengan tahun permulaan. Inilah titik permulaan bagi kebanyakan orang yang mula masuk dunia pekerjaan. Tidak kurang juga yang mungkin akan memasuki alam perkahwinan.
Antara keperluan kewangan yang kebiasaanya difikirkan dalam fasa ini adalah:
• Pembelian kereta (tengah survey KONON)
• Pembelian/sewaan rumah (hanya mampu sewa bilik buat masa ni)
• Memilih corak pakaian untuk pekerjaan (harap company bagi baju yang diisu)
• Membayar hutang pendidikan (baru nak start bayar)
• Memberi wang ihsan kepada ibu bapa (baru nak start bagi)
• Menyumbang kepada ahli keluarga yang memerlukan (ikut kemampuan & keikhlasan)


No comments:
Post a Comment